𝐍𝐀𝐃𝐈 x 𝐓𝐈𝐍𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐈𝐄𝐒: Unboxing Kit Robotik
Tarikh: 26 Julai 2025 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: NADI KUALA TOMANI
Objektif Aktiviti
- Memberi pendedahan awal kepada peserta tentang asas kit robotik.
- Meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
- Memupuk semangat ingin tahu dan kreativiti melalui penerokaan teknologi.
Ringkasan Aktiviti
Program dimulakan dengan sesi pengenalan ringkas oleh wakil dari NADI dan TinyTechies. Seterusnya, peserta dibimbing untuk melakukan sesi unboxing kit robotik yang dibekalkan.
Setiap komponen dalam kit diperkenalkan satu persatu termasuk fungsi asasnya. Peserta turut diberi peluang untuk bertanya soalan secara langsung. Sesi berlangsung dalam suasana yang interaktif dan ceria.
Program Unboxing Kit Robotik berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan menerima maklum balas positif daripada peserta. Ia merupakan langkah awal yang baik dalam memperkenalkan dunia teknologi dan robotik kepada generasi muda.