mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Februari 2026 – NADI KESEDARAN : Taklimat Buli Siber

Tarikh : 11-02-2026
Tempat : NADI Kuala Tomani

Taklimat Buli Siber dianjurkan di bawah Program NADI Kesedaran bagi meningkatkan kefahaman masyarakat, khususnya pelajar, tentang risiko dan kesan negatif buli siber. Program ini memberi penekanan kepada kepentingan keselamatan digital serta penggunaan internet secara berhemah.

Sepanjang sesi taklimat, peserta didedahkan dengan:

  • Maksud dan bentuk-bentuk buli siber
  • Contoh situasi buli siber dalam kehidupan sebenar
  • Kesan psikologi dan sosial terhadap mangsa
  • Langkah pencegahan dan tindakan yang boleh diambil jika menjadi mangsa
  • Kepentingan melaporkan kes kepada pihak bertanggungjawab

Peserta juga terlibat dalam sesi soal jawab dan perbincangan bagi meningkatkan kefahaman terhadap topik yang disampaikan.

  • Ceramah dan pembentangan multimedia
  • Tayangan contoh situasi
  • Perbincangan interaktif
  • Sesi soal jawab

Peserta memberikan perhatian yang baik sepanjang taklimat dan menunjukkan minat terhadap topik yang dibincangkan. Mereka aktif bertanya soalan serta berkongsi pandangan berkaitan pengalaman penggunaan media sosial.

Gambar Disini.