Keusahawanan – Dora Binti A.dominic
|
Nama : Doa Binti A.Dominic Umur : 35 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Puan Dora merupakan ahli Pusat Internet sejak Januari 2019.Beliau telah mula mendaftar menjadi ahli pada 24 Januari 2019.Beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa.Namun,apabila timbul rasa minat untuk menceburi dalam usahawan beliau memberanikan diri untuk mencuba memulakan perniagaan. Memandangkan suami beliau mempunya kemahiran dalam memperbaiki motor/makenik mereka telah membuka bengkel motor di batu 14 Kemabong. Namun oleh kerana masih baru dan baru bertapak tempat perniagaan meereka tidak diketahui orang ramai. Oleh itu, beliau telah meminta untuk mempelajari bagaimana untuk mempromosikan bengkel motor mereka menggunakan social media seperti facebook dan whatsapp. Beliau telah datang ke kelas ict untuk mempelajari cara-cara mempromosikan perusahaan bengkel mereka kepada komuniti terdekat.
.Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Semasa kelas usahawan dijalankan,Puan Dora agak perlahan untuk memahami cara penggunaan ICT seperti komputer dan internet.Ini disebabkan puan Dora tidak pernah menggunakan komputer.Namun,itu tidak menghalang beliau untuk terus belajar ICT
Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Kini, beliau boleh menggunakan komputer lebih baik dari sebelumnya dan mengetahui kepentingan penggunaan ICT dalam mempromosikan barangan perniagaan selaras dengan peredaran masa sekarang.Petugas pim juga terus menyokong dan membantu Puan Dora dalam mempromosikan perniaagannya melalui Internet
Keusahawanan – En.Paidi Parimin
|
Nama : Paidi Parimin Umur : 26 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
En.Paidi merupakan ahli Pusat Internet sejak Januari 2019.Beliau telah mula mendaftar menjadi ahli pusat internet pada 18 Mei 2019.Beliau adalah seorang belia yang berminat untuk menambah pendapatan dengan membuka sebuah gerai dan jualan air.Oleh itu,beliau mencuba untuk berjinak-jinak dalam perniagaan untuk memajukan lagi pendapatan sampingan beliau.Oleh itu,beliu telah datang ke pusat internet untuk meminta bantuan bagi mengetahui cara untuk mempromosikan perniagaan beliau melalui internet.
Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Semasa kelas usahawan dijalankan,Encik Paidi agak perlahan untuk memahami cara penggunaan ICT seperti komputer dan internet.Ini disebabkan En.Paidi tidak pernah menggunakan komputer.Namun,itu tidak menghalang beliau untuk terus belajar ICT
Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Kini, beliau boleh menggunakan komputer lebih baik dari sebelumnya dan mengetahui kepentingan penggunaan ICT dalam mempromosikan barangan perniagaan selaras dengan peredaran masa sekarang.Petugas pim juga terus menyokong dan membantu En.Paidi dalam mempromosikan perniaagannya melalui Internet.
Celik ICT
|
Nama : Nur Khairunnisa Asyikin Binti Azli Umur : 19 tahun Ahli : 2019 |
Adik ini merupakan golongan anak istimewa yang mana mempunyai minat yang mendalam terhadap lukisan melalui ipad yang berumur 19 tahun. Keluarganya merupakan jiran kepada petugas Pusat Internet Kuala Tomani. Melihat akan minat dan bakat yang sangat mendalam dalam lukisan, petugas membawa anak istimewa ini ke Pusat Internet untuk dijadikan ahli Pusat Internet serta mendedahkan tentang penggunaan Instagram,facebook dan cara menggunakan beberapa tools dalam store app. Adik Khairunnisa banyak menghabiskan masa dengan ipadnya untuk melukis kartun yang dibayangkan dan juga caranya untuk meluahkan perasaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik ini banyak menyendiri dan tidak berapa berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Cara adik ini berkomunikasi amatlah terbatas namun setelah beberapa kali berjumpa dengan mengenali adik ini, adik ini lebih terbuka dalam berbual serta pandai berkomunikasi secara tidak langsung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang dibuat oleh petugas, adik lebih panndai menggunakan internet untuk mencari reference untuk lukisan kartun serta telah ada Instagram dan telah mula meluaskan kenalan dan mula mengenali rakan-rakan pelukis kartun yang lain di seluruh asia. Adik ini dari mulanya banyak bertutur dalam bahasa english dapat menyesuaikan diri dan berkenalan dengan pelukis-pelukis lain.