mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Oktober 2020

Tarikh : 2 Oktober 2020
Masa : 2.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kuala Tomani

TUJUAN

Mendedahkan pelajar berkenaan perisian Microsoft Excel dan cara-cara menggunakannya.

AKTIVITI

Microsoft Excel merupakan perisian jenis hamparan dan sebahagian daripada pakej Perisian Microsoft Office. Microsoft Excel menjadi pilihan ramai untuk kegunaan analisis mudah dan menjadi keperluan pejabat hari ini. Perisian ini berupaya memproses data secara automatik dalam pelbagai bentuk seperti pengiraan asas, formula, penggunaan fungsi, pemprosesan data dan jadual, grafik dan pengurusan data. Pelajar diminta untuk menggunakan formula tambah dan tolak kemudian memasukkan angka-angka yang diberi. Disini pelajar dapat melihat bagaimana setting yang dilaksanakan pada formula bagi Perisian Microsoft Excel adalah secara automatik.

 

 Gambar Disini