CELIK ICT- FREDHANSLEN WILLEN FRED WILSON
|
Nama : FREDHANSLEN WILLEN FRED WILSON Umur : 11 tahun Ahli : 2022 |
Latar Belakang
Adik ini berumur 11 tahun dan bersekolah di SK Kuala Tomani. Adik ini mula mendaftar pada tahun 2022 sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Tomani kerana ingin menyertai pertandingan-pertandingan dan juga kelas ICT yang dianjurkan. Adik ini seorang yang bersikap pemalu dan tidak pandai menggunakan peralatan komputer. Namun, ibubapa adik ini mendaftarkannya di Pusat Sebaran Maklumat Nasional agar adik ini berpeluang untuk menghadiri kelas petang ICT. Ibubapa adik ini percaya dengan penglibatan aktiviti seperti pertandingan-pertandingan yang dianjurkan dapat meningkatkan keyakinan diri adik ini dan membuang sikap pemalu agar tampil dengan lebih yakin bersama rakan-rakan yang lain. Adik ini sangat bersemangat untuk mempelajari banyak mengenai komputer. Dan pada ketika ini, adik ini sudah tahu menggunakan komputer, melayari youtube dan aplikasi lain dengan cekap.
Sebelum penggunaan ICT
Adik ini agak pemalu pada mulanya namun berjaya menyesuaikan diri bersama rakan-rakan lain yang turut menyertai kelas-kelas ICT dari tahun 2022 sehinggalah kini.
Selepas penggunaan ICT
Setelah menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang dibuat oleh petugas, adik ini berjaya menguasai penggunaan internet dengan baik untuk mencari serta menggunakan aplikasi seperti facebook, youtube, aplikasi pembelajaran dan banyak lagi seiring dengan keperluan masa kini dimana para pelajar akan mengikuti PdPR di masa akan datang.