mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 1/2018

Keusahawanan – En. Zerah Bin Johnny

Nama  :  Puan Sulip Binti Angan

Umur  :  43 tahun

Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Puan Sulip merupakan peniaga Kraf tangan.Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2015. Beliau membuat anyaman kraftangan dan menjualnya untuk sekitar kampung kuala tomani sahaja.Namun selepas itu,beliau ingin meluaskan perniagaan beliau menerusi media.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Kuala Tomani,beliau kini pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet dengan baik. Beliau boleh mempromosi jualan melalui facebook, WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Jualan beliau mendapat sambutan daripada komuniti sekitar dan pendapatan beliau semakin bertambah

 

Keusahawanan – Puan Bonong Binti Liaron

Nama  :  Puan Bonong Binti Liaron

Umur  :  53 Tahun

Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Puan Bonong adalah seorang ibu tunggal dan beliau membuat perniagaan barangan Kraftangan.. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2015. Beliau mengambil tempahan dan menjual mengikut harga yang ditetapkan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Jumlah pelanggan bulanan seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Kuala Tomani, beliau kini pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet dengan baik. Beliau boleh mempromosi jualan melalui facebook, WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Jualan beliau mendapat sambutan daripada komuniti sekitar dan pendapatan beliau semakin bertambah

 

Celik ICT

Nama  :  Yaril Yaloni

Umur  :  10 tahun

Ahli     :  2017

 

Latar Belakang

Yaril Yaloni berumur 10 tahun dan merupakan pelajar sekolah rendah Sk Kuala Tomani.Tahap pengetahuan adik ini dalam bidang ICT adalah pada tahap sederhana dan tidak pandai menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Kuala Tomani, pengetahuan adik ini berkaitan dengan bidang ICT adalah pada tahap sederhana dan kurang mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan sebagainya. Selain itu, tahap pengetahuan adik ini berkaitan dengan keselamatan penggunaan internet adalah sangat membimbangkan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, adik ini tahu menggunakan komputer dan rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh Pusat Internet Kuala Tomani Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint yang memudahkan beliau menyiapkan kerja sekolah. Adik ini juga pandai mencari maklumat secara online untuk membuat rujukan, ulangkaji pelajaran, berhubung dengan rakan-rakan melalui facebook dan sebagainya.