mcmc
Kemudahan Awam

Kemudahan Asas

MASJID

 

 

Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Nurul Huda Kuala Tomani Tenom. Jarak masjid ini dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi)  Kuala Tomani ialah lebih kurang 1km.

 

PERHENTIAN BAS

 

Gambar di atas merupakan perhentian bas yang terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani. Perhentian bas ini digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut dan penduduk kampung. Jarak perhentian bas ini dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Tomani ialah 1km sahaja.

 

JAMBATAN

 

Jambatan Kuala Tomani menjadi penghubung penduduk kampung di Mukim ini. Panjang jambatan ini ialah 500meter dan jarak dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Tomani ialah lebih kurang 1km.

 

JALAN RAYA

 

 

Jalan raya turut disediakan di Kampung Kuala Tomani untuk keselesaan penduduk kampung. 

 

DEWAN SERBAGUNA KUALA TOMANI

 

Dewan serbaguna Kuala Tomani ini berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Tomani dengan jarak 25meter sahaja. Dewan ini digunakan untuk acara-acara atau majlis-majlis keraian oleh penduduk kampung di Kuala Tomani.

 

PONDOK POLIS KUALA TOMANI

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala tomani juga berdekatan dengan pondok Polis yang berperanan menjaga keselamatan kawasan kampung Kuala Tomani