USAHAWAN KEDAI MAKAN
Anak muda ini merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Kuala Tomani dan merupakan salah seorang usahawan Pusat Internet.Beliau telah mula mengunjungi Pusat Internet sejak September 2016 seterusnya mendaftar sebagai ahli pi1m pada 30 september 2016 lagi namun pada ketika itu anak muda ini mengambil keputusan untuk bekerja di Kota Kinabalu sebagai pengawal keselamatan selama 2 tahun tetapi rezeki tidak menyelebihi anak muda ini apabila beliau kemalangan jalanraya dan dikehendaki berehat sepenuhnya selama setahun kerana kecederaan yang serius. Pada ketika itu, anak muda ini mengisi masa lapangnya dengan memasak dan memberi makan kepada kawan-kawan yang datang bertandang. Reaksi positif dari rakan-rakannya membuatkan anak muda ini bersemangat untuk membuat sesuatu yang baru iaitu memasak. Ramai yang datang untuk mencuba makanan anak muda ini dan mula memuat naik keenakan masakan beliau di facebook.
Usahawan Kedai Runcit

Puan Masia merupakan peniaga runcit kecil-kecilan di Kampung Kuala Tomani. Beliau menceburi bidang ini sejak 5 tahun yang lalu. Beliau amat terkenal di mukim Kuala Tomani kerana kedai runcit beliau menjadi tumpuan orang kampung. Pelbagai barangan runcit yang dijual dikedai beliau seperti barang basah, kering, peralatan tajam dan lain-lain. Nama kedai beliau ialah “Songgorou Enterprise”.
Usahawan Kerepek Ubi Balado

Puan Wenny Muli merupakan usahawan kerepek Ubi Balado yang terkenal di Kg. Kuala Tomani. Kerepek Ubi Balado beliau telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung. Bukan itu sahaja, produknya sudah semakin terkenal sehingga luar daripada kawasan kampung seperti di Pekan Kemabong, Pekan Tenom, kampung-kampung dan lain-lain. Beliau telah mula menjalankan bisnes ini sejak dua tahun lalu dan bisnes beliau semakin berkembang sehingga kini. Untuk mengembangkan lagi bisnes beliau, puan Wenny telah mendapatkan tunjuk ajar daripada Pusat Internet Kuala Tomani untuk memperluaskan lagi pengetahuan ICT dan pengetahuan tentang mempromosikan produk melalui kemudahan internet. Kerepek Ubi Balado yang ranggup ini mempunyai dua perisa iaitu pedas manis dan cheese. Produk ini juga dijual di Pusat Internet 1Malaysia Kuala Tomani dengan harga RM1 dan selalu habis dijual. Untuk membeli Kerepek Ubi Balado Wenny, bolehlah menghubungi 01125245989.
