Keusahawanan – Cik Marry Anne Antarik
|
Nama : Cik Marry Anne Antarik Umur : 23 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Cik Marry Anne memulakan perniagaan menjual Kek,Baju dan kuih-muih pada sejak tahun 2016 hingga kini 2018
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas komputer beliau didapati kurang mahir dalam bidang ICT.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Kuala Tomani, beliau kini pandai menggunakan komputer dan dapat mempromosikan jualan melalui aplikasi WhatsApp, Facebook dan MyShop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti.
Keusahawanan – Pn.Idah Binti Awang
|
Nama : Puan Idah Binti Awang Umur : 36 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Peniaga kecil-kecilan Kedai Makan
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Puan Idah adalaah seorang pengusaha kedai makan secara kecil-kecilan di kampung kuala tomani. Beliau menceburi bidang ini sejak tahun 2015. Sebelum mengikuti kelas komputer beliau didapati kurang mahir dalam bidang ICT.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet kuala tomani, beliau kini pandai menggunakan komputer dan dapat mempromosikan jualan melalui aplikasi WhatsApp, Facebook dan MyShop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti.
Celik ICT
|
Nama : Leo Terry Bin Jailim Umur : 8 tahun Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Leo Terry merupakan pelajar Sk.Kuala Tomani,dan berumur 8 tahun. Sebelum mengikuti kelas ICT, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Kuala Tomani, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer memang tidak ada. Selain itu, adik ini juga tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan keselamatan penggunaan internet. Oleh itu, adik ini mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Kini, adik ini tahu menggunakan komputer dan rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan di Pusat Internet Kuala Tomani. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan sedikit sebanyak boleh menaip. Selain itu, adik ini juga pandai mencari video di youtube dan mewarna online.