KISAH KEJAYAAN SUKU 4/2016
CELIK IT

Maznah Ali merupakan belia Kg. Kuala Tomani yang berumur 24 tahun, sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kuala Tomani, Pengetahuan beliau berkaitan dengan penggunaan computer berada pada tahap sederhana, Beliau kurang mahir dalam menggunakan perisian komputer dan kurang mahir dalam mencari maklumat di internet. Tetapi sejak beliau mengunjugi PI Kuala Tomani, beliau kini mahir dalam penggunaan komputer dan mahir dalam melayari interent terutamanya facebook, youtube, email dan google untuk mencari maklumat. Beliau aktif mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti kelas komputer, kelas keusahawanan, pertandingan KDB dan banyak lagi.
KISAH KEJAYAAN SUKU 1/2017
USAHAWAN
PENIAGA RUNCIT

Puan Marianna merupakan peniaga runcit kecil-kecilan di Kampung Kuala Tomani. Beliau menceburi bidang ini sejak 5 tahun yang lalu. Selepas menjalani kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dijalankan, beliau kini sangat aktif menjalankan perniagaan secara online melalui facebook dan whatsapp untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau kini terkenal di mukim Kuala Tomani. Pelbagai barangan runcit yang dijual dikedai beliau seperti barang basah, kering, peralatan tajam atau berkebun dan lain-lain. Nama kedai beliau ialah “Songgorou Enterprise”.
USAHAWAN HENNA ART/INAI
Cik Nurul Natalia merupakan belia di Kg Kuala Tomani yang berumur 28 tahun. Beliau sudah lama meminati seni inai atau Henna Art ini sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Oleh yang demikian beliau telah memulakan bisnes ini secara kecil-kecilan di kampung ini. Untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan bisnes beliau, beliau telah datang ke PI Kuala Tomani untuk mengembangkan lagi pengetahuan tentang ICT dan mendapatkan maklumat lanjut tentang bisnes yang diusahakan oleh beliau ini. Usaha beliau sangat berbaloi kerana dengan menghadiri kelas yang diadakan oleh PI seperti kelas ICT, Keusahawanan dan lain-lain beliau mula mengembangkan bisnes beliau. Antara yang dilakukan oleh beliau ialah mempromosikan bisnes ini dilaman sesawang facebook. Hasilnya, bisnes beliau diterima baik oleh komuniti khususnya di Daerah Tenom dan mendapat permintaan menggalakkan terutama bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan. Sekarang, beliau tetap mendapatkan perkhidmatan di PI untuk terus memantapkan lagi bisnes beliau.
CELIK IT

Aflyenley bin Anderey baru berumur 6 tahun. Adik ini merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Pada mulanya adik ini hanya mengikut abangnya datang ke PI akan tetapi, setelah beberapa lama petugas mula memberi perhatian khusus buat adik ini kerana adik ini menunjukkan minat tentang komputer dan mula mendedahkan adik ini dengan bersoal jawab mengenai komputer, fungsi dan nama-nama setiap bahagian komputer. Setelah megikuti kelas hampir setiap minggu bersama abangnya, adik ini mula pandai menggunakan tetikus ,mengenal huruf dan mula pandai mencari info di google dan youtube. Walaupun belum pandai membaca namun keistimewaan adik ini menghafal setiap yang diajar oleh petugas membuatkan adik ini boleh menggunakan komputer dengan baik.