mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 1/2019

Keusahawanan – En Loh Wee Khee

Nama  :  Loh Wee Khee

Umur  :  44 tahun

Ahli     : 2018

 

 Latar belakang

 

Encik Loh Wee Khee atau lebih dikenali sebagai Sam merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Kuala Tomani sejak 2017 lagi. Beliau sebenarnya berasal daripada Pulau Pinang tetapi mengambil keputusan untuk menetap di Marais untuk membangunkan sesuatu tempat menarik di Kampung MaraisPada awalnya, encik Sam tidak tahu bagaimana untuk memberi penerangan dengan orang kampung apa yang ingin beliau bawakan untuk mereka. Lalu, beliau bertemu dengan Peengurus Pusat Internet untuk berbincang di samping membuat kerja beliau menggunakan fasaliti Pusat Internet.Encik Sam telah bekerjasama dengan Pusat Internet membuat satu program di mana dapat memperkenalkan hasrat dan cadangan beliau kepada orang ramai yang ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang kampung itu sendiri.Hasil daripada program yang telah dibuat di Pusat Internet,  bermulalah perancangan untuk mendirikan Marais Center bersama dengan orang kampung. Usaha dan kerjasama yang ditunjukkan telah membuahkan hasil yang mana Marais Center mula dikunjungi pelancong pada penghujung tahun 2018 dan lagi ramai pengunjung dari dalam dan luar negara awal tahun ini. Usaha mereka juga mendapat perhatian wakil ADUN kemabong yang telah melawat ke tempat tersebut beberapa kali.

 Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

 Encik Sam telah mahir menggunakan komputer dan internet akan tetapi beliau tidak tahu bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan orang Kuala Tomani yang mana mempunyai banyak kampung khususnya kampung Marais.

 Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Setelah program yang dibuat bersama Pusat Internet, bermulalah pengenalan dan sokongan daripada orang kampung yang mana membuahkan hasil yang begitu membanggakan

 

Keusahawanan – Cik Anjika

Nama  :  Cik Anjika

Umur  :  22 tahun

Ahli     : 2019

 

Latar belakang

 Beliau merupakan penduduk kuala tomani yang berumur 23 tahun.,Beliau merupakan pengusaha jualan Kuih-Muih secara kecil kecilan di Kuala Tomani ini sejak 2018.Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini apa lagi menggunakan internet untuk mempromosikan perniagaan beliau melalui media massa .Namun, setelah mengikuti kelas usahawan di pim Kuala Tomani, beliau mula belajar cara-cara menggunakan computer, membuat email, dan membuat facebook sendiri untuk mempromosikan perniagaannya.

 Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti kelas keusahawanan di PIM Kuala Tomani pengetahuan beliau berkaitan dengan penggunaan komputer berada pada tahap kurang mahir. Beliau juga tidak mengetahui bahawa dengan menggunakan komputer boleh memperluaskan lagi perniagaan beliau melalui saluran yang betul.

Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Kini, pengetahuan beliau terhadap ICT adalah pada tahap asas. Beliau dalam proses belajar secara berperingkat dalam mempromosikan perniagaan beliau dalam talian. Untuk peringkat permulaan pihak PIM mengajar beliau mempromosikan perniagaan melalui aplikasi whatsapp (group whatsapp) dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung. Hal ini kerana, beliau juga kurang pengetahuan untuk mempromosikan perniagaan beliau melalui telefon. Beliau dalam proses mempelajari untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online(facebook).

 

Celik ICT

Nama  :  Jacynthia Binti John

Umur  :  12 tahun

Ahli     :  2017

 

Latar belakang

Adik Jacynthia berumur 12 tahun dan bersekolah di sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Tomani (SK Kuala Tomani). Pada awalnya adik ini datang ke Pusat Internet untuk mendaftarkan adiknya sebagai ahli yang berumur 7 tahun, itu adalah kali pertama adik ini menjejakkan kaki ke Pusat Internet Kuala Tomani. Adinya rajin ke PI dan dia hanya menunggu adiknya di luar PI. Lalu petugas bertanyakan kepada adik ini kenapa dia sendiri tidak menjadi ahli dan menggunkana dan belajar komputer? Keesokan harinya adik Jacynthia menjadi ahli dan menjadikan PI tempat untuk mengulang kaji dan membuat kerja rumah yang telah diberikan oleh guru mereka.Namun, adik ini hanya membuat kerjarumah tanpa menggunakan PC, setelah diajar oleh petugas, adik ini mula membuat carian dalam mencari sumber untuk karangan,sains dan ICT dalam kerjarumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT,adik ini masih tidak mengetahui tentang ICT dan tidak tahu untuk melayari internet.Ini kerana,adik ini datang ke Pi1m hanya mengikut rakan-rakannya sahaja.Selepas itu,setelah petugas pi1m membimbing adik ini,dia sudah mulai memahami dan dapat menggunakan ICT dengan Baik

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikut kelas khas dan seterusnya kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet adik ini menunjukan perubahan yang amat ketara apabila sudah pandai menutup dan menghidupkan komputer,membuat carian dan juga menggunakan Microsoft office dengan sendiri tanpa bantuan petugas dan juga guru yang mengajar.