Kisah Kejayaan Suku 1/2020
Keusahawanan – Marry Anne Antarik
|
Nama : Marry Anne Antarik Umur : 25 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Marry anne merupakan anak muda yang pendiam tetapi kreatif dalam mencari idea baru. Anak muda ini telah menjadi ahli Pusat Internet sejak 2018 . Pada satu ketika, anak muda ini mengusahakan homemade kek dan juga bun dan mempromosikan di laman sosial dan pada ketika ini beliau telah mencaburkan diri dengan perusahaan printing. Secara umumnya beliau hanya mempromosikan perniagaannya melalui Internet dan lama sosial sahaja kerana pada ketika ini anak ini berniaga dari rumah sahaja.
Beliau merupakan salah satu ahli yang begitu rajin meminta tunjuk ajar dari petugas dalam merancang dan mencipta logo perniagaan. Selain daripada itu, begitu gemar bertanya dan meminta tunjuk ajar dari petugas bagaimana mempromosikan perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Beliau agak pendiam dan pemalu tetapi tidak segan untuk bertanya sekiranya memerlukan bantuan dari segi promosi perniagaan serta pemilihan logo. Anak muda ini telah mempunyai komputer dan mempunya asas ICT tetapi masih dahaga mempelajari sesuatu yang baru. Walaupun sangat pendiam tetapi beliau menggunakan medium sosial media untuk mempromosikan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Kini, Perniagaan anak muda ini semakin mendapat perhatian dan mendapat tempat di hati kalangan pelanggan dan juga menjadi pilihan utama di kawasan kemabong kerana promosi yang berterusan dan juga urusan yang senang.
Keusahawanan – Pn. Eileen Yoa
|
Nama : Eileen Yoa Umur : 40 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Puan Eileen menjadi ahli Pusat Internet setelah petugas menjemput dalam program Jom Sihat Pusat Internet pada tahun september 2018. Namun pada ketika itu, program fitness yag dibawa oleh puan Eileen kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, Petugas telah memberi tunjuk ajar kepada puan Eileen untuk menggunakan media sosial sepenuhnya dalam mempromosikan program fitness yang dibawa beliau.
Setelah petugas memberi tunjuk ajar untuk membuat page facebook dan juga promosi dari segi video class dan video promosi, class fitness yang dibawa puan Eileen mula mendapat perhatian dari seluruh lapisan masyarakat Tenom sehingga menjadi fenomena di kawasan Tenom. Selain daripada membuat class setiap minggu, puan Eileen kerap dijemput oleh mana-mana agensi,sekolah dan pertubuhan NGO untuk membuat persembahan dan juga senaman pagi.
.
Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Semasa kelas usahawan dijalankan,Puan Eileen agak perlahan untuk memahami cara penggunaan ICT seperti membuat page, group page dan membuat video .Ini disebabkan Puan Eileen jarang menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu. Namun,itu tidak menghalang beliau untuk terus belajar ICT
Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Kini, beliau boleh menggunakan komputer lebih baik dari sebelumnya dan mengetahui kepentingan penggunaan ICT dalam mempromosikan barangan perniagaan selaras dengan peredaran masa sekarang.Petugas pusat internet juga terus menyokong dan membantu Puan Eileen dalam mempromosikan perniaagannya atau program fitness melalui Internet.
Daripada mempunyai 5 orang ahli bertukar kepada 70 orang ahli setiap kali mengadakan class.
Celik ICT
|
Nama : Jeffey binti Mahaya Umur : 12 tahun Ahli : Oktober 2019 |
Adik ini merupakan pelajar SK Kuala Tomani yang mana telah menjadi ahli Pusat Internet Kuala Tomani pada Oktober 2018. Namun adik ini tidak pernah datang ke Pusat Internet kerana berasa malu dan tidak pandai menggunakan peralatan komputer. Namun, setelah diajak oleh rakannya menghadiri kelas petang ICT, adik ini bersemangat untuk mempelajari lebih banyak lagi ilmu mengenai komputer. Dan pada ketika ini, adik ini sudah mahir menggunakan komputer, melayari youtube dan aplikasi lain dengan cekap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik ini agak pemalu pada mulanya namun Berjaya menyesuaikan diri bersama rakan ke kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet dan mengikuti kelas yang dianjurkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang dibuat oleh petugas, adik lebih panndai menggunakan internet untuk mencari menggunakan aplikasi seperti facebook, youtube,aplikasi pembelajaran dan banyak lagi.