CELIK ICT- ELVIANA AMELIA FALEDIUS
|
Nama : ELVIANA AMELIA FALEDIUS Umur : 11 tahun Ahli : 2021 |
Latar Belakang
Adik ini berumur 11 tahun dan bersekolah di SK Kuala Tomani. Adik ini mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Tomani kerana ingin menyertai pertandingan-pertandingan dan juga kelas ICT yang dianjurkan. Adik ini seorang yang bersikap pemalu dan tidak pandai menggunakan peralatan komputer. Namun, ibubapa adik ini mendaftarkannya di Pusat Internet Kuala Tomani agar adik ini berpeluang untuk menghadiri kelas petang ICT. Adik ini sangat bersemangat untuk mempelajari banyak mengenai komputer. Dan pada ketika ini, adik ini sudah mahir menggunakan komputer, melayari youtube dan aplikasi lain dengan cekap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik ini agak pemalu pada mulanya namun berjaya menyesuaikan diri bersama rakan-rakan lain yang turut menyertai pertandingan kuiz online anjuran PIK Kuala Tomani dan kelas ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang dibuat oleh petugas, adik ini berjaya menguasai penggunaan internet dengan baik untuk mencari serta menggunakan aplikasi seperti facebook, youtube, aplikasi pembelajaran dan banyak lagi seiring dengan keperluan masa kini dimana para pelajar akan mengikuti PdPR sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di seluruh Sabah.