mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU 2/2017

CELIK ICT 

 

Latar belakang

 

Puan Hazline Rahigim berumur 27 tahun. Dia telah berkawin dalam usia yang muda. Ibu muda ini mempunya minat yang tinggi dalam mempelajari komputer namun kekangan selepas kahwin dan persekitaran yang jauh dari pusat internet membatasi keinginan beliau untuk belajar. Ibu muda ini merupakan pemimpin di kampong namun mempunyai masalah dalam menggunakan komputer dan juga bagaimana untuk mencari maklumat melalui internet. Ibu muda ini berazam untuk menjadi contoh kepada anak-anaknya dan juga masyarakat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Kuala Tomani, puan Hazline memang tidak mempunyai asas komputer apalagi mengenali part komputer. Puan Hazline juga tidak tahu untuk bagaimana  mencari maklumat yang dia inginkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Perubahan puan Hazline selepas didedahkan dalam setiap kelas ICT yang dia beliau hadiri amat ketara. Daripada seorang yang tidak mengetahui apa-apa tentang komputer dan cara menggunakan, beliau kini pandai menggunakan komputer dan juga pandai untuk mencari maklumat online. Walaupun selepas kelas ICT, puan hazline akan datang sendirian ke pusat internet dan meminta petugas pusat internet mengajar beliau secara terperinci tentang komputer supaya beliau lebih memahami dengan cepat.