mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 2/2019

Keusahawanan – Maslin Kumpas

Nama  :  Maslin Kumpas

Umur  :  39 tahun

Ahli     : 2019

Latar belakang

 Puan Maslin merupakan seorang suri rumah dan mempunyai empat orang anak.Suami beliau bekerja sebagai penoreh getah.Puan Maslin berasal dari kampung Abul,kemabong.Beliau menyedari bahawa untuk membantu suami dalam menambah pendapatan puas maslin harus mencari ikhtiar.Kemudian,puan maslin mula melibatkan diri dalam perniagaan.Beliau menyewa sebuah bangunan di pekan kemabong untuk membuka kedai jahit kain.Sampai hari ini beliau bergiat aktif dalam perniagaannya.Namun,untuk meningkatkan lagi kualiti perniagaannya,beliau berminat untuk mempromosikan perniagaannya melalui internet.Oleh itu,beliau hadir ke pusat internet dan meminta bantuan daripada petugas.Petugas membimbing puan maslin dengan kelas-kelas usahawan yang telah disediakan.

 Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti kelas keusahawanan di PIM Kuala Tomani pengetahuan beliau berkaitan dengan penggunaan komputer berada pada tahap kurang mahir. Beliau juga tidak mengetahui bahawa dengan menggunakan komputer boleh memperluaskan lagi perniagaan beliau melalui saluran yang betul.

Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Kini, pengetahuan beliau terhadap ICT adalah pada tahap asas. Beliau dalam proses belajar secara berperingkat dalam mempromosikan perniagaan beliau dalam talian. Untuk peringkat permulaan pihak PI mengajar beliau mempromosikan perniagaan melalui aplikasi whatsapp (group whatsapp) dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung. Hal ini kerana, beliau juga kurang pengetahuan untuk mempromosikan perniagaan beliau melalui telefon. Beliau dalam proses mempelajari untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online(facebook).

 

Keusahawanan – Feldah Feverick

Nama  :  Feldah Feverick

Umur  :  24 tahun

Ahli     : 2019

Latar belakang

Puan feldah merupakan ahli Pusat Internet sejak tahun 2018.Beliau telah mula mendaftar menjadi ahli pada 22 Mei 2018.Beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa.Namun,apabila timbul rasa minat untuk menceburi dalam usahawan beliau memberanikan diri untuk mencuba memulakan perniagaan.Puan feldah,memulakan perniagaan kecil-kecilan berhampiran dengan sekolah rendah.Beliau menjual makanan ringan,kuih-muih dan juga air.Setelah hampir setahun lebih puan feldah berniaga,beliau mula ingin memajukan perniagaannya dengan mempromosikan jualanya melalui facebook dan,whatsapp.Beliau dating ke Pusat Internet dan meminta petugas untuk membimbingnya dan belajar didalam kelas usahawan yang disediakan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

 Semasa kelas usahawan dijalankan,Puan Feldah agak perlahan untuk memahami cara penggunaan ICT seperti komputer dan internet.Ini disebabkan puan Feldah tidak pernah menggunakan komputer.Namun,itu tidak menghalang beliau untuk terus belajar ICT

Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Kini, beliau boleh menggunakan komputer lebih baik dari sebelumnya dan mengetahui kepentingan penggunaan ICT dalam mempromosikan barangan perniagaan selaras dengan peredaran masa sekarang.Petugas pim juga terus menyokong dan membantu Puan Feldah dalam mempromosikan perniaagannya melalui Internet.

 

Celik ICT

Nama  :  Jeldi Bin Saulan

Umur  :  10 tahun

Ahli     :  2017

Adik Jeldi berumur 10 tahun dan bersekolah di sekolah rendah Kebangsaan Kuala Tomani (sk.kuala tomani).Adik ini seringkali mengunjungi pusat internet mengikut rakan-rakannya.Pada awalnya kehadiran adik ini ke pusat internet  hanya duduk diam melihat rakannya menggunakan komputer.Adik ini juga agak pemalu dan pendiam namun petugas Pusat internet cuba untuk mendekati adik ini dan cuba untuk mengajaknya berbual dan menceritakan tentang komputer.Adik ini agak gembira bila petugas mengajaknya untuk jadi ahli pusat internet dan mengajar adik ini komputer.Kemudian,petugas mengajar adik ini dalam beberapa komponen komputer serta mengajarnya untuk melayari internet seperti youtube,google dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT,adik ini masih tidak mengetahui tentang ICT dan tidak tahu untuk melayari internet.Ini kerana,adik ini datang ke Pusat internet hanya mengikut rakan-rakannya sahaja.Selepas itu,setelah petugas pusat internet membimbing adik ini,dia sudah mulai memahami dan dapat menggunakan ICT dengan Baik

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang dibuat oleh petugas, adik ini sudah pandai untuk menghidupkan komputer,mematikan komputer,menekan tetikus,menekan ikon google dan seterusnya menonton youtube. Kejayaan adik istimewa ini amatlah membanggakan kerana hanya mengambil masa 3 bulan untuk belajar semua itu. Walaupun masih tidak mengenal huruf tetapi adik ini dapat mengenalpasti ikon-ikon komputer yang telah diajar oleh petugas.Adik ini menunjukkan kesungguhannya untuk mahu belajar komputer.Sekarang,adik ini sudah boleh menggunakan ICT di pusat internet.