Usahawan 1 – Maznah Ali
|
Nama : Maznah Ali Umur : 28 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Maznah Ali merupakan salah satu anak muda pertama yang menjadi celik IT di Pusat Internet Kuala Tomani, amat pendiam tetapi kreatif dalam mencari idea baru. Anak muda ini telah menjadi ahli Pusat Internet sejak 2016. Beliau mula mejual kuih muih secara kecil kecilan di kawasan kampungnya menggunakan motorsikal.
Beliau merupakan salah satu ahli yang begitu rajin meminta tunjuk ajar dari petugas mengenai cara-cara mengembangkan perniagaannya. Selain daripada itu, beliau gemar bertanya dan meminta tunjuk ajar dari petugas bagaimana mempromosikan perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Beliau agak pendiam dan pemalu tetapi tidak segan untuk bertanya sekiranya memerlukan bantuan dari segi promosi perniagaan. Anak muda ini telah mempunyai komputer dan mempunya asas ICT tetapi masih dahaga mempelajari sesuatu yang baru. Walaupun sangat pendiam tetapi beliau menggunakan medium sosial media untuk mempromosikan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Melalui pengetahuan ICT, beliau mula mempromosikan pernigaan di whatsapp, facebook. Kini, Perniagaan anak muda ini semakin mendapat perhatian dan mendapat tempat di hati kalangan pelanggan dan juga menjadi pilihan utama di kawasan Kuala Tomani dan kemabong kerana promosi yang berterusan.
Usahawan 2 – EMMELINE YOA
|
Nama : EMMELINE YOA Umur : 30 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Puan Emmeline merupakan salah seorang ibu muda yang sangat aktif dalam bidang makenikal kan tetapi mempunyai wawasan yang begitu jauh. Namun begitu kekangan kerja dan juga masa bersama anak membuatkan aktiviti terbatas termasuklah berniaga walaupun mempunyai keinginan yang sanagt kuat untuk berniaga.
Pertemuan dengan petugas Pusat Internet membuahkan hasil fikiran apabila puan Emmeline berani membuat sesuatu perniagaan yang di luar bidangnya. Puan Emmeline telah meminta tunjuk daripada petugas internet bagaimana cara untuk memulakan perniagaan secara online walaupun tidak mempunyai sebarang kedai namun perniagaan online yang puan Emmeline usahakan membuahkan hasil yang lumayan. Puan Emmeline menggunakan media social seperti facebook, whatsapp,youtube untuk mempromosikan dim sum dan pau beliau dan ternyata usaha itu telah membuahkan hasil.
Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Puan Emmeline seorang yang begitu aktif dalam bidang sukan serta seorang ibu dan juga bertugas sebagai makenikal di sebuah syarikat namun beliau tidak ada keberanian untuk mempromosikan barangan jualan di laman sosial kerana berasa segan dan malu.
Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI
Hasil dorongan dan sokongan petugas internet telah memberi satu suntikan baru kepada beliau sehinggakan beliau mempunyai pelanggan tetap dalam bisness beliau pada ketika ini dan bisness yang diusahakan semakin maju kerana mendapat permintaan yang amat tinggi pada keadaan dunia yang semakin kritikal dengan pandemic ini.
CELIK IT– LISTER SALAM @ SADOM
|
Nama : LISTER SALAM @ SADOM Umur : 13 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Adik Lister ini berumur 10 tahun dan bersekolah di sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Tomani (SK Kuala Tomani) Ketika awal-awal mendaftar sebagai ahli. Pada awalnya adik ini datang ke Pusat Internet hanya suka-suka mengikut rakan yang menghadiri kelas. Lalu petugas bertanyakan kepada adik ini kenapa dia sendiri tidak menjadi ahli dan menggunakan dan belajar komputer seperti rakan-rakan yang lain? Keesokan harinya adik ini datang untuk mendaftar ahli pusat internet dan menjadikan PI tempat untuk mengulang kaji dan membuat kerja rumah yang telah diberikan oleh guru mereka.Namun, adik ini hanya membuat kerja rumah tanpa menggunakan PC, setelah diajar oleh petugas, adik ini mula membuat carian dalam mencari sumber untuk mencari maklumat serta belajar ICT. Kini adik ini telah bersekolah di SMK Kemabong dan menggunakan pengetahuan ICT yang dipelajari dalam pembelajaran dari rumah semasa pandemic COVID 19 ini
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT,adik ini masih tidak mengetahui tentang ICT dan tidak tahu untuk melayari internet.Ini kerana,adik ini datang ke Pi hanya mengikut rakan-rakannya sahaja.Selepas itu,setelah petugas pi membimbing adik ini,dia sudah mulai memahami dan dapat menggunakan ICT dengan Baik
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikut kelas khas dan seterusnya kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet adik ini menunjukan perubahan yang amat ketara apabila sudah pandai menutup dan menghidupkan komputer,membuat carian dan juga menggunakan Microsoft office dengan sendiri tanpa bantuan petugas dan juga guru yang mengajar.