Kisah Kejayaan Suku 3/2018
Keusahawanan – Pn. Ary @ moot Tingkalor
|
Nama : Ary @ Moot Tingkalor Umur : 40 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Puan Ary merupakan seorang Graduan dan memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan membuat Kek dan kemudian beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2016. Beliau mula dikenali oleh orang ramai kerana hasil perniagaan yang memberansangkan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kuala Tomani, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan beliau semakin meningkat setiap bulan.
Keusahawanan – Pn. Marisa Binti Sawang
|
Nama : Marisa Binti Sawang Umur : 29 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Puan Marisa merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mencari inisiatif untuk membantu ekonomi keluarga dengan membuka sebuah Gerai Minum berdekatan dengan rumahnya. Beliau mula memulakan perniagaan ini sejak tahun 2016 lagi. Beliau menjual kuih-muih dan minuman pada setiap waktu petang
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada sekitar jiran-jiran di rumahnya dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kuala tomani, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan beliau semakin meningkat setiap bulan.
Celik ICT
|
Nama : Mohammad Hirzan Bin Musmul Yadi Umur : 8 tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Mohammad Hirzan merupakan pelajar Sk.Kuala Tomani,Tenom dan berumur 8 tahun. Sebelum mengikuti kelas ICT, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Kuala Tomani, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer memang tidak ada. Selain itu, adik ini juga tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan keselamatan penggunaan internet. Oleh itu, adik ini mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Kini, adik ini tahu menggunakan komputer dan rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan di Pusat Internet Kuala Tomani. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan sedikit sebanyak boleh menaip. Selain itu, adik ini juga pandai mencari video di youtube dan mewarna online.