mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 3/2020

USAHAWAN 1- NORLINA SURIL

Nama  :  NORLINA SURIL

Umur  :  27 tahun

Ahli     : 2016

 

Latar belakang

Puan Norlina merupakan salah satu anak muda Kuala Tomani yang agak pendiam tetapi kreatif dalam mencari idea baru namun telah berhijrah setelah berkawin mengikut suami ke tempat kerja, Puan Norlina telah menjadi ahli Pusat Internet sejak 2016 sejak masih bujang lagi .

Pada awalnya semasa masih bujang, ibu muda ini begitu rajin datang ke pusat internet untuk menuntut ilmu ICT. Kerap mengikut program yang dianjurkan oleh pusat internet serta menyertai beberapa pertandingan yang telah dianjurkan.

Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Walaupun agak rajin datang ke pusat internet untuk membuka laman media sosial,mengikut kelas usahawan tetapi tidak sedikit pun terdetik untuk menggunakan media sosial untuk

Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Semuanya bermula apabila puan Norlina berkahwin dan berada di perantauan. Puan Norlina mula mengisi masa lapangnya dengan berjinak dengan dunia perniagaan online. Semasa berada di perantauan, Puan Norlina kerap menghubungi petugas Pusat Internet untuk meminta tunjuk bagaimana untuk menghasilkan promosi yang memikat serta video yang menarik. Walaupun berada jauh dari Kuala Tomani, Puan Norlina sering berhubung dengan petugas pi untuk meminta tunjuk ajar berkenaan ICT.

 

USAHAWAN 2- ELSIE AWANG

Nama  :  ELSIE AWANG

Umur  :  38 tahun

Ahli     : 2019

 

Latar belakang

Puan Elsie Awang merupakan Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Berusaha mempertingkatkan kehidupan bersama anak tercinta walaupun mempunyai pelbagai rintangan. Semangat Puan Elsie untuk terus maju begitu berkobar-kobar. Beliau juga merupakan seorang ahli MIV pusat internet dan begitu rajin datang menimba ilmu.

 

Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Seorang yang pandai menggunakan sosial media untuk mencari rakan-rakan tetapi tidak menggunakan facebook untuk perniagaan online. Setelah berkenalan dan beliau memberitahu bahawa ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Petugas Internet memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan media social untuk memulakan perniagaan serta mengumpul keyakinan untuk memulakan live di facebook.

Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Kini puan Elsie telah mempunyai pelanggan online and juga offline. Daripada bundle beg-beg terpakai puan elsie juga mula menjual bundle selimut dan banyak lagi. Puan elsie juga mempunyai keyakinan yang tinggi berinteraksi bersama dengan pelanggan online facebook beliau dan perubahan hidup puan elsie juga begitu ketara. Puan Elsie selalu berhubung dengan petugas bagaimana menggunakan sesuatu platform media social yang boleh membantu perniagaan online beliau.

 

 

CELIK ICT- Esjelia Basri

Nama  :  Esjelia Basri

Umur  :  13 tahun

Ahli     : 2018

 


Latar Belakang

Adik ini berumur 13 Tahun kini dan bersekolah di SMK Kemabong. Adik ini masih berumur 11 tahun ketika mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Kuala Tomani dan merupakan pelajar di S.K Kuala Tomani. Adik ini seorang yang bersikap pemalu dan tidak pandai menggunakan peralatan komputer. Namun, setelah diajak oleh rakannya menghadiri kelas petang ict, adik ini bersemangat untuk mempelajari banyak mengenai komputer. Dan pada ketika ini, adik ini sudah mahir menggunakan komputer, melayari youtube dan aplikasi lain dengan cekap. Adik ini juga menggunakan komputer untuk pembelajaran atas talian terutama Ketika pandemik COVID-19 dan PKPB dilaksanakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik ini agak pemalu pada mulanya namun Berjaya menyesuaikan diri bersama rakan ke kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet dan mengikuti kelas yang dianjurkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang dibuat oleh petugas, adik ini Berjaya menguasai penggunaan internet dengan baik untuk mencari serta menggunakan aplikasi seperti facebook, youtube, aplikasi pembelajaran dan banyak lagi seiring dengan keperluan masa kini.