mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 4/2020

USAHAWAN 1- JUJILLA WANNA PETER

Nama  :  JUJILLA WANNA PETER

Umur  :  27 tahun

Ahli     : 2017

Latar belakang

Jujilla Wanna Peter merupakan salah seorang anak muda Kuala Tomani yang berasal dari Kampung Kalibatang Lama. Anak muda ini telah menamatkan pendidikan di peringkat Ijazah di UMS sabah pada tahun 2015. Setelah tamat persekolahan, Jujilla bekerja di Kota Kinabalu sambil menunggu peluang pekerjaan yang dia impikan. Namun, keadaan pada masa kini amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian di hati.

Anak muda  ini memulakan langkah kanan pada 2019 untuk menceburi perniagaan online. Walaupun agak pemalu pada mulanya namun keinginan yang sangat tinggi dan perniagaan yang amat menyeronokkan membuatkan anak muda ini tekad melebarkan empayar perniagaan yang diceburinya.

 

Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Beliau agak pendiam dan pemalu tetapi tidak segan untuk bertanya sekiranya memerlukan bantuan dari segi promosi perniagaan. Anak muda ini telah mempunyai komputer dan mempunya asas ICT tetapi masih dahaga mempelajari sesuatu yang baru. Walaupun sangat pendiam tetapi beliau menggunakan medium sosial media untuk mempromosikan perniagaan onlinenya.

 

 

Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Melalui pengetahuan ICT yang diperolehi dari Pusat Internet, beliau mula  mempromosikan pernigaan di whatsapp, facebook,FB live Kini, Perniagaan anak muda ini semakin mendapat perhatian dan mendapat tempat di hati kalangan pelanggan dan juga menjadi pilihan utama di kawasan Kuala Tomani  kemabong kerana promosi yang berterusan. 

 

USAHAWAN 2-HAZECCA RAHIGIM

Nama  :  Hazecca Rahigim

Umur  :  28 tahun

Ahli     : 2017

Latar belakang

Puan Hazecca Rahigim merupakan suri rumah yang begitu aktif menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Walaupun sudah mempunyai anak namun tidak menghalang puan Hazecca untuk mencari rezeki dari rumah. Pertemuan dengan petugas Pusat Internet memberikan idea  kepada puan ini memulakan perniagaan secara kecil-kecilan melalui media  sosial.

Sebelum penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Puan Hazecca  pendiam orangnya tetapi suka bertanya perkara-perkara baru yang ingin dipelajarinya. Puan Hazecca senantiasa berhubung dengan petugas Pusat Internet berkenaan promosi dan pengiklanan yang dilakukanya.

Selepas penggunaan ICT/Usahawan/ penglibatan PI

Hasil dorongan dan sokongan petugas internet telah memberi satu suntikan baru kepada beliau sehinggakan beliau mempunyai pelanggan tetap dalam bisness beliau pada ketika ini dan bisness kecil kecilan yang diusahakan semakin mendapat tempat di hati pelanggan lebih lagi dalam keadaan sekarang yang lebih menggunakan media social untuk membeli baragan keperluan dan makanan.

 

CELIK ICT- SHELVIVIANTEY JULIUS

Nama  :  SHELVIVIANTEY JULIUS

Umur  :  10 tahun

Ahli     : 2016


Latar Belakang

Adik ini berumur 10 tahun dan bersekolah di SK Kuala Tomani. Adik ini masih berumur 6 tahun ketika mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Kuala Tomani. Adik ini seorang yang bersikap pemalu dan tidak pandai menggunakan peralatan komputer. Namun, ibubapa adik ini mendaftarkannya di Pusat Internet Kuala Tomani agar adik ini berpeluang untuk menghadiri kelas petang ict. Adik ini sangat bersemangat untuk mempelajari banyak mengenai komputer. Dan pada ketika ini, adik ini sudah mahir menggunakan komputer, melayari youtube dan aplikasi lain dengan cekap. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik ini agak pemalu pada mulanya namun berjaya menyesuaikan diri bersama rakan ke kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet dan mengikuti kelas yang dianjurkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang dibuat oleh petugas, adik ini berjaya menguasai penggunaan internet dengan baik untuk mencari serta menggunakan aplikasi seperti facebook, youtube, aplikasi pembelajaran dan banyak lagi seiring dengan keperluan masa kini.