mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 4/2021

USAHAWAN-MARRY ANNE

Nama  :  MARRY ANNE

Umur  :  26 TAHUN

Ahli     : 2018


Latar Belakang

Marry anne merupakan anak muda yang pendiam tetapi kreatif dalam mencari idea baru. Anak muda ini telah menjadi ahli Pusat Internet sejak 2018 . Pada satu ketika, anak muda ini mengusahakan homemade kek dan juga bun dan mempromosikan di laman sosial dan pada ketika ini beliau telah mencaburkan diri dengan perusahaan printing. Secara umumnya beliau hanya mempromosikan perniagaannya melalui Internet dan lama sosial sahaja kerana pada ketika ini anak ini berniaga dari rumah sahaja.

Beliau merupakan salah satu ahli yang begitu rajin meminta tunjuk ajar dari petugas dalam merancang dan mencipta logo perniagaan. Selain daripada itu, begitu gemar bertanya dan meminta tunjuk ajar dari petugas bagaimana mempromosikan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau agak pendiam dan pemalu tetapi tidak segan untuk bertanya sekiranya memerlukan bantuan dari segi promosi perniagaan serta pemilihan logo. Anak muda ini telah mempunyai komputer dan mempunya asas ICT tetapi masih dahaga mempelajari sesuatu yang baru. Walaupun sangat pendiam tetapi beliau menggunakan medium sosial media untuk mempromosikan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, Perniagaan anak muda ini semakin mendapat perhatian dan mendapat tempat di hati kalangan pelanggan dan juga menjadi pilihan utama di kawasan kemabong kerana promosi yang berterusan dan juga urusan yang senang.

CELIK ICT- ZRAZELENA

Nama  :  ZRAZELENA

Umur  :  10 tahun

Ahli     : 2020


Latar Belakang

Adik ini berumur 10 tahun dan bersekolah di SK Kuala Tomani. Adik ini mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Tomani kerana ingin menyertai pertandingan-pertandingan dan juga kelas ICT yang dianjurkan. Adik ini seorang yang bersikap pemalu dan tidak pandai menggunakan peralatan komputer. Namun, ibubapa adik ini mendaftarkannya di Pusat Internet Kuala Tomani agar adik ini berpeluang untuk menghadiri kelas petang ICT. Ibubapa adik ini percaya dengan penglibatan aktiviti seperti pertandingan-pertandingan yang dianjurkan dapat meningkatkan keyakinan diri adik ini dan membuang sikap pemalu agar tampil yakin bersama rakan-rakan yang lain. Adik ini sangat bersemangat untuk mempelajari banyak mengenai komputer. Dan pada ketika ini, adik ini sudah tahu menggunakan komputer, melayari youtube dan aplikasi lain dengan cekap. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik ini agak pemalu pada mulanya namun berjaya menyesuaikan diri bersama rakan-rakan lain yang turut menyertai pertandingan mewarna anjuran PIK Kuala Tomani pada tahun 2020 dan kelas ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang dibuat oleh petugas, adik ini berjaya menguasai penggunaan internet dengan baik untuk mencari serta menggunakan aplikasi seperti facebook, youtube, aplikasi pembelajaran dan banyak lagi seiring dengan keperluan masa kini dimana para pelajar akan mengikuti PdPR sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di seluruh Sabah.