Klinik kesihatan Kuala Tomani telah dirasmikan pada 17 Oktober 2001 oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada masa itu). Klinik ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul lapan pagi hingga lima petang. Pada hari Sabtu dan Ahad klinik ini tidak dibuka tetapi menerima kes-kes kecemasan. Jarak klinik kesihatan Kuala Tomani dari PEDi ialah 500 meter.
