| Tarikh | : 22 Januari 2021 |
| Masa | : 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
| Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kuala Tomani |
TUJUAN
Membantu masyarakat dan komuniti untuk mengemaskini dan mendaftar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
AKTIVITI
Seiring dengan penggantian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Tomani mendapat kunjungan daripada komuniti bagi tujuan kemaskini dan pendaftaran BPR 2021. Namun begitu, disebabkan negeri Sabah masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daerah Tenom merupakan zon merah, PIK Kuala Tomani hanya boleh dimasuki seramai maksimum 5 orang pada suatu masa dan penjarakan sosial perlu dipatuhi.