Tarikh : 13-01-2026
Tempat : NADI Kuala Tomani
Aktiviti Minggu 1 dimulakan dengan sesi pengenalan tenaga pengajar dan peserta. Peserta diberi taklimat berkaitan struktur kursus, tempoh pembelajaran serta peraturan keselamatan sepanjang sesi pembelajaran.
Seterusnya, peserta diperkenalkan kepada konsep asas pembaikan gajet, termasuk jenis gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba. Penerangan ringkas mengenai komponen asas gajet dan fungsi utamanya turut disampaikan.