Tarikh : 27-01-2026
Tempat : NADI Kuala Tomani
Pada Minggu 3, peserta mengikuti sesi pembelajaran yang memberi fokus kepada latihan praktikal pembaikan gajet. Tenaga pengajar menerangkan langkah asas pemeriksaan kerosakan serta kaedah penggunaan alatan pembaikan dengan betul dan selamat.
Peserta turut didedahkan kepada komponen dalaman gajet seperti bateri, skrin, dan papan litar ringkas bagi memahami fungsi setiap bahagian sebelum melakukan latihan amali.
- Penerangan dan demonstrasi
- Latihan praktikal pemeriksaan gajet
- Bimbingan individu oleh tenaga pengajar
- Sesi soal jawab
Peserta menunjukkan minat yang tinggi dan aktif semasa sesi praktikal. Mereka mencuba sendiri teknik pemeriksaan kerosakan serta bertanya soalan berkaitan masalah gajet yang pernah dihadapi.