Tarikh : 15&16-01-2026
Tempat : Dewan Sekolah SMK Chinta Mata
Program Jom Ke Sekolah telah dianjurkan oleh SMK Chinta Mata, Tenom dengan pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi. Antara pengisian utama program ialah:
- Booth Pameran
Pameran daripada pelbagai agensi dan organisasi diadakan bagi memberi maklumat berkaitan pendidikan, teknologi dan perkhidmatan komuniti. - Pertandingan dan Kuiz
Aktiviti pertandingan dan kuiz dijalankan bagi menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan aktif mereka sepanjang program. - Saringan Kesihatan oleh NADI
Saringan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah dan indeks jisim badan (BMI) telah dijalankan oleh pihak NADI untuk pelajar dan pengunjung. - Pendaftaran MyDigital ID
Kaunter pendaftaran MyDigital ID disediakan bagi membantu pelajar dan pengunjung mendaftar serta memahami kepentingan identiti digital dalam urusan atas talian.