| Tarikh | : 2 Oktober 2020 |
| Masa | : 2.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet Kuala Tomani |
TUJUAN
Mendedahkan pelajar berkenaan perisian Microsoft Excel dan cara-cara menggunakannya.
AKTIVITI
Microsoft Excel merupakan perisian jenis hamparan dan sebahagian daripada pakej Perisian Microsoft Office. Microsoft Excel menjadi pilihan ramai untuk kegunaan analisis mudah dan menjadi keperluan pejabat hari ini. Perisian ini berupaya memproses data secara automatik dalam pelbagai bentuk seperti pengiraan asas, formula, penggunaan fungsi, pemprosesan data dan jadual, grafik dan pengurusan data. Pelajar diminta untuk menggunakan formula tambah dan tolak kemudian memasukkan angka-angka yang diberi. Disini pelajar dapat melihat bagaimana setting yang dilaksanakan pada formula bagi Perisian Microsoft Excel adalah secara automatik.