| Tarikh | : 7 September 2020 |
| Masa | : 2.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet Kuala Tomani |
TUJUAN
Memperkenalkan fungsi dan cara-cara menggunakan perisian Microsoft Word kepada para pelajar.
AKTIVITI
Menerangkan fungsi-fungsi “Menu” yang terdapat pada Microsoft Word kepada para pelajar. Ini bagi memastikan pelajar tahu untuk memilih menu yang bersesuaian apabila menaip surat. Para pelajar juga didedahkan dengan contoh format surat yang ditaip menggunakan perisian Microsoft Word. Selain itu juga, para pelajar dapat menentukan margins dan layout pada Microsoft Word disamping mengubah saiz huruf (Sizing Font), pelajar juga tahu menggunakan spacing (jarak) diantara baris ayat serta membuat paragraph (perengan) di dalam Microsoft Word.