1. Terdapat satu masjid kecil tetapi unik di Kampung Tomani, sebuah kampung kecil kira-kira 45km dari Pekan Tenom. Kawasan ini terletak kira-kira 15 minit dari Daerah Kecil Kemabong dan sesampainya disini, kita akan melihat kawasan sawah padi sejauh pandangan.
2. Sebenarnya inilah masjid pertama di Sabah yang saya lawati. Sebelum mula berkhidmat dan mula pindah ke Sabah, saya cuba mencari info berkenaan Tenom dan masjid ini menarik minat saya, mungkin kerana reka bentuknya yang unik. Namun di internet, tidak banyak penulisan berkaitan tempat ini.
3. Masjid Nur Hidayah ini dipercayai siap dibina pada tahun 1983. Ketika itu Sabah adalah dibawah pemerintahan BERJAYA yang dipandu Datuk Harris Mohd Salleh. Beliau merupakan Menteri Besar Sabah dari 1976 hingga 1985.
4. Dipercayai terdapat ladang getah yang dibangunkan bersama di kawasan ini pada waktu itu sejajar dengan pembinaan masjid ini.
5. Menariknya, terdapat 2 lagi masjid di Sabah yang mempunyai reka bentuk arkitektur seakan sama. Satu darinya terdapat ni Ranau di dalam kawasan ladang Sabah Tea. Satu lagi di Tawau walaupun bentuknya agak bulat sedikit.
6. Ada orang kampung memanggil masjid ini sebagai “masjid igloo”.
7. Penggunaan batu sungai pelbagai saiz di dinding masjid ini membawa nilai estetik seakan ia sudah berusia ratusan tahun sedangkan menurut beberapa sumber masjid ini hanya berusia 40 tahun
8. Masjid ini tidaklah terlalu besar, dan secara kasar hanya boleh menampung tidak lebih 100 jemaah pada satu-satu masa.
Google maps: Masjid Nurul Huda
Capacity: 50 jemaah
Tarikh pembinaan: 1980an.




