mcmc
Maklumat Pusat Internet

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Tomani

PEDi

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Tomani

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KUALA TOMANI

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
NADI Kuala Tomani menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 JUMLAH KEAHLIAN :

Pendaftaran keahlian NADI Kuala Tomani telah dibuka kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada Januari 2016. Komuniti setempat di alu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli NAD untuk menikmati keistimewaan

          JUMLAH AHLI TERKINI

926

 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami:

PENGURUS

NAMA : HELDY YUGHOI

MULA BERKHIDMAT : 16 April 2022

PENOLONG PENGURUS
NAMA : LANDRI BASRI

MULA BERKHIDMAT : 02 September 2022