mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Kuala Tomani

Pusat Internet Kuala Tomani sebelum ini dikenali sebagai SK Community Broadband Center (SK CBC) yang mana telah ditubuhkan oleh salah satu syarikat dari negara Korea iaitu SK Telekom Korea. SK CBC memberi dan menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada penduduk luar bandar seperti di Kuala Tomani. Segala kos pembiayaan dari penubuhan bangunan sampailah segala perisian bangunan seperti perabot, komputer, server serta utiliti ditanggung sepenuhnya oleh syarikat SK Telekom Korea. Antara perkhidmatan yang disediakan di SK CBC adalah seperti E-Learning, E-commerce, E-health dan cyber Cafe. 
 
Setelah dua tahun beroperasi iaitu dari Jun 2013 sehingga Jun 2015, Syarikat SK Telekom Korea tidak dapat meneruskan operasi mereka atas sebab tertentu dan menyerahkan bangunan serta peralatan teknologi yang sedia ada kepada Pejabat Daerah Tenom dan kemudian diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneruskan perkhidmatan di Kuala Tomani. SKMM seterusnya mengarahkan Telekom Malaysia (TM) untuk meneruskan operasi dan TM melantik MSD Digital Intelligence untuk menyelaras dan memantau operasi projek ini.
 

      

                       Sebelum                                                                         Selepas